Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Kenapa Stres Berlaku ?

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stres - dirumah, sekolah atau tempat kerja.

Kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stres boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.

Kenapa anda stres?
  • Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
  • Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan)
  • Pekerjaan anda (contoh: Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak dinaikan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja)
  • Komuniti anda (contoh: Jiran dan komuniti tidak ramah)

 

 
Bila anda rasa stres ...
  • Jantung berdegup kencang dan sukar bernafas
  • Anda cepat marah
  • Anda rasa tidak gembira
  • Anda kehilangan selera makan
  • Anda hilang minat bekerja
  • Anda tidak cukup tidur
  • Anda menengking-nengking
  • Anda ingin membaling sesuatu
  • Anda cuba menjauhkan diri
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah ... Katakan : "Saya sedang marah!"
  • Bertenang ... kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara IDEAL
I     -     Kenal pasti masalah (Identify the problem)
D     -     Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible options)
E     -     Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya (Evaluate
             consequences of each option - the pro's and con's)
A     -     Bertindak - pilih satu cara untuk bertindak (Act)
L     -     Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn)
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah
  1. Berfikir secara positif
  2. Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  3. Belajar menyukai diri sendiri
  4. Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
  5. Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah
  6. Jangan risau tentang kekurangan yang ada
  7. Bertenang
  8. Lakukan senaman selalu
  9. Adakan hobi
  10. Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  11. Dapatkan tidur yang cukup
  12. Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  13. Bersifat asertif. Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri
  14. Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. Tidak semua anda dapat kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda

( Daripada Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia)

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !