Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Aktiviti Fizikal

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekrasi, bersenam dan bersukan

Aktiviti fizikal adalah penting untuk kesihatan
Kehidupan moden dengan kemudahan yang ada menjadikan kita tidak aktif - ini membahayakan kesihatan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan:
  • Kegemukan
  • Risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes
 
Amalkan cara hidup yang aktif
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari
Aktiviti ringan 60 minit setiap hari Aktiviti sederhana 30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga
Faedah aktiviti fizikal
  • Membina daya tahan
    • Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat
    • Memberikan kita lebih tenaga (contoh: berjalan laju, berlari-lari anak, berbasikal, berenang, sekat beraket dan aerobik)

  • Membina Kelenturan
    • Membantu pergerakan badan
    • Merelakskan otot-otot
    • Memudahkan pergerakan sendi (contoh: mop lantai, senaman regangan, tai-chi dan yoga)

  • Membina Kekuatan
    • Membantu tulang dan otot kita kekal kuat
    • Memperbaiki postur
    • Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis (contoh: berkebun seperti manyangkul, memotong kayu dan menebas, mengangkat dan membawa barang-barang harian yang dibeli, naik tangga, senaman seperti tekan tubi (push-ups) dan bangun tubi (sit-ups)
Bersenam untuk kesihatan jantung

Senaman adalah salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangkamasa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Lakukan senaman mengikut prinsip FITT.

  F     - Frequency :  
           (kekerapan)
 3 - 5 kali seminggu
  I     - Intensity (Effort) :  
           (kehebatan)
 Sehingga anda berpeluh dan dapat 
 menarik nafas panjang dengan selesa
  T    - Time :  
           (masa)
 
 Sekurang-kurangnya 20 minit setiap 
 kali (tidak termasuk tempoh memanas 
 dan  menyejukkan badan)
  T    - Type :  
           (jenis)
 Aerobik, bersukan (contoh: bola sepak,
 bola jaring, badminton, lompat tali, 
 berbasikal)
Bersenam dengan selamat
  • Pastikan anda ...
    • Memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam
    • Memakai pakaian yang ringan dan longgar supaya mudah peluh disejat
    • Memakai kasut yang sesuai dan selesa
    • Banyakkan minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam
    • Memperbaiki postur
    • Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis (contoh: berkebun seperti manyangkul, memotong kayu dan menebas, mengangkat dan membawa barang-barang harian yang dibeli, naik tangga, senaman seperti tekan tubi (push-ups) dan bangun tubi (sit-ups)

  • Jangan bersenam ...
    • Jika anda berasa tidak sihat atau sakit dada ketika bersenam
    • Ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi
    • Dalam masa 2 jam selepas makan

 

AWAS ...

  • Jangan mandi sejurus selepas bersenam, mandi setelah badan anda berasa sejuk dan peluh telah kering
  • Berhenti segera jika anda berasa semput atau sakit dada ketika bersenam
  • Jika anda berjoging di jalan raya, lakukannya dengan berlari bertentangan arah kenderaan bergerak
  • Elakkan berjoging di jalan raya yang sibuk

(Daripada Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia)

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !