Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Berhentilah Merokok !

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan strok (angin ahmar). Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan.

Asap rokok adalah racun
Terdapat 4,000 jenis bahan kimia dalam asap rokok, 200 daripadanya adalah toksik dan 63 lagi boleh menyebabkan kanser (karsinogenik)

 
Berhentilah merokok
  • Merokok memberi kesan buruk kepada keluarga dan orang sekeliling anda
  • Ibu mangandung yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan, rendah berat badan atau mati dalam kandungan
  • Kanak-kanak yang kerap terdedah kepada asap rokok akan:
    • kerap mengalami batuk, selsema, jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • mengalami perkembangan paru-paru yang lambat
    • berisiko mendapat serangan asma
Faedah berhenti merokok
  • Hidup lebih lama
  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Petua 10 M untuk berhenti merokok
  1. Melengah-lengah
  2. Minum banyak air
  3. Menarik nafas panjang
  4. Membuat sesuatu
  5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengunyah sesuatu
  7. Membasuh tangan
  8. Mandi dengan kerap
  9. Melakukan senaman rengangan
  10. Memohon doa

(Daripada Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia)

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !