Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Pencegahan Cholera

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

    Apa itu Cholera

Cholera adalah penyakit yang menyebabkan cirit-birit oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Tanda-tanda penyakit cholera adalah keadaan cirit birit (kadangkala muntah-muntah) yang teruk yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan air yang banyak dan mengakibatkan dehirasi (dehydration). Tanda-tanda dihidrasi adalah lemah dan tidak bermaya, keadaan mulut yang kering. dan juga tidak aktif bagi kanak-kanak. Jika seseorang itu lambat mendapat bantuan., ianya boleh menyebabkan maut.

Bagaimana Cholera Merebak

Cholera boleh merebak melalui:

Kuman Cholera (Vibrio Cholera) boleh merebak melalui medium air, samada air sungai, air minuman, air perigi dan sebagainya. Seseorang yang mengidap cholera boleh menjangkiti orang lain dari najisnya (seperti membuang air di sungai), tanganya, dan juga makanan yang disediakan atau dijual.

Penyakit ini boleh merebak melalui:

1. Air yang tidak bersih contohnya ialah air perigi yang telah dicemari. termasuk air batu yang dibuat dari air yang tidak bersih. Cuba elakkan dari menggunakan perigi atau sungai yang tercemar dengan Cholera.

2. Makanan yang tercemar.

3. Tangan yang tercemar dari orang lain. Elakkan dari makan di gerai makanan yang kotor dan dimana orang yang menyediakan makanan tidak menjaga kebersihan diri.

Tiga langkah yang asas untuk mengelakkan Cholera:

1. MASAK MAKANAN ANDA
2. REBUS AIR MINUMAN ANDA (Merebus air membunuh kuman itu)
3. BASUH TANGAN ANDA.

Adakah anda memasak makanan dengan betul?

1. Masak makanan dengan sempurna samada daging, ikan atau sayuran
2. Makan makanan ketika panas

Membasuh Tangan Menjauhi dari Cholera

1. Basuh tangan sebelum memasak atau menyaji makanan.
2. Basuh pinggan mangkuk dengan sabun dan air
3. Basuh Alas pemotong makanan dengan air dan sabun.

Mengupas buah-buahan boleh menjauhi dari Cholera bagi buah-buahan yang boleh dikupas kulitnya.
 

Basuh tangan Anda:

1. Selepas menggunakan tandas atau membersihkan anak-anak anda.
2. Sebelum menyediakan makanan.
3. Sebelum makan dan sebelum meberi makan pada anak-anak anda.
 

 Bagaimana membasuh tangan dengan betul:

Gunakan sabun dan air
Gunakan air bersih yang banyak.
Basuh kesemua bahagian tangan, tapak tangan, belakan tangan, di celah jari dan di bawah kuku.

Bolehkan Cholera Dirawat:

Cholera boleh dirawat !

Jika anda mengalami cirit birit dan terdapat kes Cholera di kawasan anda, cuba minum banyak air dan Garam Rehydrasi (Oral Rehydration Salt).

Pergi segera ke pusat kesihatan yang berhampiran.

( Daripada Laman Web Hospital Mersing - http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/topic.html )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !