Asthma atau dikalangan orang melayu 'lelah' merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa
di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku dikalangan 8 - 10 % kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ini akan mengadu susah bernafas,
batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi.
Apabila ibu bapa membawa kanak-kanak ini berjumpa doktor di klinik atau hospital, maka doktor akan memberitahu penyakit anak
anda dan beberapa cara untuk mengatasi dan mengubati.
Apa itu Asthma ?
Asthma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit
dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar
bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding
salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan.
Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.
Walaupun
asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma
yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.
Mengapa Saya Mendapat Asthma?
Asthma adalah penyakit yang mempunyai banyak faktor penyebab; ianya adalah
satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan dimana seseorang anak itu mempunyai kebarangkalian mendapat asthma jika ibu
bapanya mempunyai asthma. Asthma juga adalah satu daripada penyakit alahan (allergic), 'allergic rhinitis' dan 'utricaria'.
Asthma biasanya menyerang apabila seseorang itu tededah kepada faktor-faktor
luaran yang dipanggil 'allergen' seperti habuk, cuaca sejuk, makanan, kucing atau haiwan berbulu yang lain dan juga jangkitan
kuman pada saluran pernafasan ('Upper Respiratory Tract Infection) dilihat apabila kanak-kanak itu demam dan batuk dan diserang
asthma.
Tanda-tanda asthma;
- Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca sejuk.
- Pernafasan berbunyi (wheezing).
- Sesak pernafasan.
- Merasakan dada sempit.
Bagaiman Mengelak Dari Serangan Asthma
Langkan pertama ialah dengan manjauhi faktor-faktor penyebab asthma. Setiap
pesakit biasanya mempunyai faktor penyebabnya sendiri dan biasanya kanak-kanak itu atau ibu bapanya tahu faktor ini. Cuba
jauhi faktor penyebab dan anda boleh mengelak asthma.
Jika asthma menyerang juga, bawalah kanan-kanak ke hospital atak klinik
berhampiran untuk mendapatkan rawatan
Antara ubat-ubat yang diberikan:
Senarai ubat dan rawatan hanyalah untuk penulisan. semua ubatan
yang diberikan adalah bergantung mengikut keadaan dan doktor yang merawat.
Syrup 'ventolin'(Salbutamol)
Ubat ini adalah untuk 'bronchodilators' iaitu untuk membuka semula saluran pernafasan yang mengecil.
Syrup 'Prednisolone"
Ubat ini juga kadangkala diberikan bagi mengelakan berlakunya peringkat kedua asthma iaitu peringkat radang
saluran pernafasan.
Dalam keaadaan yang lebih serius.
Doktor akan memberikan ubat gas(nebulizer) Salbutamol
Nebulizer mengandungi salbutamol dalam bentuk gas yang boleh terus sampai ke saluran
pernafasan dan membukanya secepat mungkin.
Injection 'Hydrocortisone'
Injection ini berfungsi sama seperti 'prednisolone' dan bertindak mengelakkan radang di saluran pernafasan.
Bagi kanak-kanak yang kerap diserang asthma
Ubat 'inhaler' Ventolin (biasanya botol biru).
Ubat inhaler ini sebenarnya adalah juga salbutamol dalam betuk gas di dalam tabung
gas kecil. Ianya digunakan oleh kanak-kanak yang diserang asthma, seperti gas nebulizer yang diberikan di hospital. Namun
kanak-kanak perlu mempelajarinya dengan betul atau ibu bapa bolehlah membeli alat yang di panggil 'spacer' yang berfulgsi
mengumpul ubat sebelum disedt.
Jika pengambilan Inhaler Ventolin tidak meredakan keadaan. Kanak-kanak mestilah
segera dibawa berjumpa doktor.
Ubat pencegahan.(biasanya botol coklat).
Ubat ini adalah dari jenis 'corticosteroid' di mana ia berfingsi untuk mencegah
daripada diserang asthma (bagi kanak-kanak yang kerap mendapat asthma). Ubat ini juga berbentuk gas dan mesti diambil setiap
hari mengikut arahan doktor. Walaupun kanak-kanak itu sihat, ia mesti juga mengambil ubat ini untuk mengelak diserang asthma.
Dalam kombinasi, ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor mencegah asthma dari
menyerang kanak-kanak dan jika kanak-kanak diserang asthma, sekurang-kurangnya dapat dipulihkan dengan ventolin.
ubat Ventolin inhaler
alat spacer yang diletakkan antara mulut kanak-kanak dan ubat ventolin untuk kanak-kanak kecil.
( Daripada Laman Web Hospital Mersing -http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/age.html )