Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Bersedia Untuk Menyusu Bayi

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Jadi anda sudah membuat keputusan bijak untuk menyusu bayi. SYABAS!  Sewajarnyalah, anda ingin berbincang dengan suami tersayang tetapi bukankah lebih mudah dia diberi buku ini?


Agar anda dapat menyusu dengan BAIK, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang walaupun sebelum anda hamil. Makanlah makanan membina badan' seperti ikan, telur, daging, susu, kekacang dan bijirin; makanan memberi tenaga seperti nasi, roti dan mi, dan sudah tentulah, makanan mencegah jangkitan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Semasa mengandung, buah dada anda akan membesar kerana semakin banyak tisu susu yang terbentuk. Pakai coli yang sesuai untuk mengampunya dengan balk. Puting anda juga menjadi semakin gelap.  Jaga kebersihan diri sepanjang masa hamil.

 

Kini anda sudah bersedia!

 

BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU

 

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam puting anda dirangsang bila bayi anda menetek. Seterusnya satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.
Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada anda. Semakin kerap bayi anda menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan, Dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.  Apabila bayi menetek, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon  oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

 

Walau bagaimanapun, proses yang  mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.  Jadi anda mesti sentiasa berfikiran positif!

 

MASA YANG PALING BAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

 

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik saja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama  selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolostrum). Jangan bimbang. Kolostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. la kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.  Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya.  Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya . Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

 

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisannya tatkala ia lapar. (Baca bahagian tentang 'TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSU BAYI')

 

Susui bayi anda selama mana yang dia mahu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan puting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan 'penyusuan mengikut kehendak bayi'.

 

Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah bekerja semula. (Baca bahagian tentang'MENYUSU BAYI UNTUK IBU-IBU BEKERJA').

 

Timbang bayi anda selalu. Berat badannya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

 

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

 

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menyusu bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

 

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.
 
Kedudukan Badan

  • Pastikan anda selesa. Bayi anda perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi diatas lengan ATAU duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merihatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.

Cara memegang bayi

 

Pendek kata, perkara-perkara yang perlu diingati tentang cara  memegang bayi ialah : 
 

  • Bayi dipegang rapat dengan anda
  • Bayi diampu dengan baik
  • Bayi berhadapan dengan anda
  • Mulut bayi berada di bawah puting bila anda bersedia untuk menyusunya
  • Kepala, leher dan belakang bayi  lurus
  • Pastikan lengan tangannya  tidak mengganggu bila ia menyusu.

 

Bagaimana bayi  menyesuaikan mulutnya bila menetek:

 

Pastikan bayi anda sendiri  mencapai puting anda; jangan  paksa bayi anda. Bila bayi mencapai puting anda,  pastikan :

  • mulutnya terbuka luas
  • bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang  (areola) di sekitar puting.

 

( Dari Laman Web Hospital Mersing - http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !