Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Rahsia Penyusuan Yang Berjaya

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

1.    Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:

 

Sekiranya puan merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.

 

2.    Memulakan penyusuan secepat mungkin.

 

Reflex 'rooting' dan sucking  (menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.

 

3.    Bersama bayi setiap masa (24 jam) " Rooming in"

 

Kenapa penting ?

 

Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.

 

Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam.  Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).

 

4.    Demand feeding.

Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu.  Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.

 

5.    Teknik terbaik penyusuan susu.

Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat pernting, puan dan bayi pun selesa.

 

5.1          Bagi memastikan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:

  • Bayi tenang tidak menangis
  • Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
  • Perut bayi bertemu perut ibu.
  • Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
  • Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
  • Punggung bayi diampu.

5.2    Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.

  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh buah dada.
  • Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
  • Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
  • Ibu mungkin mendengar bayi menelan.

 

5.3    Sekirannya bayi tidak melekap dengan betul.

 

  • Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
  • Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.
     

6.    Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:

 

  • Bayi perlu melekap dengan betul.
  • Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
  • Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
  • Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
  • Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
  • Beri bayi menyusu di waktu malam.
  • Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur lobak putih.

 

( Dari Laman Web Hospital Mersing - http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !