Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Susu ibu sangat berharga.Selain daripada menjamin kesihatan ibu dan anak, penyusuan susu ibu dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Seterusnya, penyususan susu ibu juga menjimatkan kos perubatan dan rawatan.

Melabur dalam penyusuan susu ibu, menjamin kesihatan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

Faedah untuk keluarga.

       Keluarga berjimat kerana tidak perlu membeli susu formula, botol susu dan puting.

       Keluarga juga berjimat kerana tidak perlu masak air dan membersihkan botol dan puting susu.

       Bayi yang diberi susu ibu jarang jatuh sakit dan menjimatkan kos rawatan.

 

Pemberian susu formula adalah amalan yang membazir dan merbahaya.

 

Kos susu formula adalah tinggi

       Keluarga terpaksa berbelanja banyak untuk membeli susu formula, botol susu dan puting.

       Keluarga juga terpaksa membazir wang, membuang masa dan tenaga kerana perlu memasak air dan membersihkan botol dan puting susu.

       Menjejas perkembangan fizikan dan emosi ibu dan bayi.

       Tidak membantu ibu menjarakkan kelahiran.

 

Seorang bayi memerlukan 22 kg susu formula dalam 6 bulan pertama. 2.5 kg pada bulan pertama, 3.2kg pada bulan ke-2 dan 4 kg sebulah pada bulan seterusnya.
 

Penyusuan susu ibu secara ekslusif

Untuk 6 bulan pertama, bayi perlu diberikan cuma susu ibu. Makanan dan minuman lain tidak harus diberi sebelum bayi berumu 6 bulan kerana Ini hanya akan mengurangkan penyusuan susu ibu dan seterusnya menjejaskan pembesaran bayi.

Akibat pemberian makanan dan minuman terlalu awal

  • Bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sepenuhnya.
  • Bayi mudah dijangkiti penyakit.
  • Pembesaran bayi akan terbantut.
  • Perkembangan mental bayi akan terencat.
  • Ibu mudah mengandung semula dan menghasilkan bayi yang kecil.
  • Pengeluaran susu ibu akan berhenti
  • Keluarga terpaksa bergantung kepada susu formula.

Bahaya pemberian susu formula

 

       Lebih kerap mendapat cirit-birit

       Lebih kerap mendapat jangkitan pernafasan

       Lebih menyakit meningitis

       Lebih jangkitan telinga

       Lebih alahan

       Lebih banyak masalah pembelajaran dan perkembangan mental

        Lebih kerap memerlukan rawatan di hospital

        Mengakibatkan kekurangan zat makanan.

 

( Dari Laman Web Hospital Mersing - http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !