Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Susui bayi anda sekurang-kurangnya 5 - 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kebanyakan ibu perlu kembali bekerja selepas 2 bulan. Jadi, bagaimanakah anda dapat terus menyusu bayi3 Majikan anda mungkin menyediakan bilik asuhan untuk bayi-bayi pekerjanya. Jika demikian, bawalah bayi anda bersama ke tempat kerja. Andainya ini tidak mungkin,anda masih boleh memberi bayi susu ibu. Berikut adalah beberapa panduan kasar untuk membantu anda :

 

Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu :

 

ˇ       Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.

ˇ       Selepas menyusu, parah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.

ˇ       Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.

ˇ       Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.

ˇ       Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 - 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.

 

Selepas berlatih selama dua minggu, anda mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 - 90ml sebotol.

 

Bagaimana menyimpan susu ibu yang telah diperah :

 

ˇ       Selapas memarah susu ibu ke dalam bekas yang bersih, segera simpan dalam peti sejuk atau bekas yang mengandungi ais. Susu ini handaklah digunakan dalam masa 24 - 48 jam.

ˇ       Jika tiada peti sejuk atau bekas yang mangandungi ais, simpan susu perahan di tempat yang sejuk sahingga lapan jam.

ˇ       Jangan sekali-kali mencampurkan susu yang barn diperah dengan susu parahan yang telah disimpan.

 

Bagaimana menggunakan susu ibu yang telah disimpan :

 

ˇ       Sebelum digunakan, biarkan susu tersabut kembali ke suhu bilik. Jika perlu, masukkan bekas dengan susu berkenaan dalam semangkuk air panas.

ˇ       Jangan sekali-kali memasak susu ibu.

ˇ       Andainya tugas anda memerlukan anda keluar rumah selama beberapa hari, anda bolehlah membekukan susu perahan anda dalam baberapa bekas dalam kuantiti yang sedikit. Untuk mancairkannya, pegang bakasnya di bawah air mengalir. Seterusnya,perlahanˇlahan panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga ia mencapai suhu bilik.

ˇ       Jangan sekali-kali membekukan semula susu yang telah dicairkan.

ˇ       Biarkan pengasuh bayi anda berlatih menyusukan bayi dengan susu ibu yang telah diperah.

ˇ       INGAT ! Untuk mengekalkan bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas kerja, di waktu malam dan pada hari-hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila berada di pejabat.

 

( Dari Laman Web Hospital Mersing - http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !