Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Cirit-Birit

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Cirit birit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak itu buang air besar dalam keadaan yang kerap. Dalam perubatan, ianaya adalah apabila seorang kanak-kanak itu membuang air besar lebih daripada tiga kali dan kandungan air dalam najis yang tinggi (Najis biasanya hanya keluar seperti air sahaja).
 
TETAPI, kanak-kanak yang sedang menyusu kadangkala akan membuang air besar sehingga lima enam kali sehari tetapi najisnya biasanya adalah sedikit dan berwarna kuning dan tidak begitu banyak air. Kanak-kanak yang hanya menyusu badan (tanpa minum susu atau makanan lain) adalah terlindung dari penyakit cirit-birit.

Apa yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu diserang cirit birit.

Seseorang kanak-kanak itu boleh diserang cirit birit apabila dijangkiti oleh virus (paling biasa berlaku) di saluran usunya. Jankitan (Virus ROTAVIRUS) ini kadangkala menyebabkan kanak itu muntah-muntah. Jangkitan virus ini juga berkaitan dengan penyakit demam selsema atau sakit teling pada sesetengah kanak-kanak.

Sebab lain dimana seseorang kanak-kanak itu mengalami cirit birit ialah apabila dia mempunyai sesuatu penyakit dimana ususnya tidak boleh mencernakan `lactose' (lactose intolerence).

Kanak-kanak yang mempunyai jangkitan kuman pada air kencingnya kadangkala akan mengidap cirit-birit.

Adakah Cirit-birit merbahaya

Cirit-birit ini merbahaya apabila kanak-kanak itu mengalami kekurangan air dalam badan disebabkan oleh muntah atau cirit-birit. Keadaan ini dipanggil 'dehydrated'. Ini boleh diperhatikan apabila kanak-kanak itu tidak bermaya dan lemah. Dalam keadaan begini kanak-kanak itu sebaiknya dibawa ke hospital / klinik berhampiran. Cirit-birit yang disebabkan oleh Cholera adalah merbahaya.

Rawatan

Rawatan di hospital atau klinik biasanya bergantung kepada keadaan kanak-kanak tersebut. bagi kes yang teruk, air perlu diberikan dengan segera dengan memasukkan terus ke dalam darah (intravenous fluids). Bergantung pada penyakitnya (lacctose intolerence dan selainnya) susu kadangkala diberhentikan buat seketika atau diubah kepada susu soya . Garam rehydrasi biasanya diberikan.

Garam (Orah Rehydration Salt).

Oral Rehydration Salt ini biasanya adalah dalam bentuk garam yang dibungkus di dalam pek kecil. Ianya perlu dicampurkan air dan diberikan sedikit demi sedikit kepada kanak-kanak tersebut. Biasanya ia mempunyai arahan tertentu mengenai sukatan air yang diperlukan. Garam ini berfungsi untuk membekalkan kembali garam-garam badan yang kehilangan ketika kanak-kanak itu mengalami cirit-birit.

Tanda-tanda bahaya:

Tanda-tanda bahaya adalah;

1. Keadaan anak yang lemah dan langsung tidak mendapat minum air kerana muntah.

2. Cirit -birit dimana najis bercampur darah.

3. Keadaan dimana kanak-kanak muntah terus menerus (tiada citrit-birit) dan perut yang kembung (ditakuti usus tersumbat).

4. Cirit-birit jika anda berada di kawasan di mana terdapat wabak Cholera

*Bawa kanak-kanak ke hospital / klinik dengan segera .

( Daripada Laman Web Hospital Mersing -http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/age.html )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !