Di Jalanraya
Ø Elakkan dari memandu kereta
– berjalan kaki atau guna kenderaan awam
Ø Jangan mengisi tangki petrol anda secara berlebihan. Anda perlu berhenti mengisi apabila
anda mendengar bunyi “click’ pada nozel kerana yang selebihnya akan membazir melalui tumpahan dan pengewapan.
1. Pandu pada
had laju di antara 45-55km/h
Ø Pandu secara tenang dan perlahan. Jikalau anda memandu dengan laju, ia akan menyebabkan
kereta anda melalui lebih rintangan angin. Jika anda pandu dengan kelajuan 60km/h, anda akan membazir petrol. Ujian menunjukkan
anda akan dapat lebih 40% perbatuan pada kelajuan 45-55km/h jika dibandingkan dengan 80km/h.
2. Enjin perlulah sentiasa dijaga
Ø Ujian yang dijalankan ke atas kebanyakan kereta
membuktikan yang anda akan menjimat kos sebanyak 6% dengan menjalankan servis yang kerap kepada kereta anda. Jika kereta anda
mengeluarkan asap hitam, ini akan menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak minyak. Oleh yang demikian, periksa kereta
anda dengan segera. Kelewatan akan menyebabkan anda terpaksa bayar lebih dari segi petrol dan minyak, jika dibandingkan dengan
harga servis kereta anda.
Ø Penggunakan plak ‘bi-metallic spark’ akan menjimatkan
lebih dari 1.5% petrol dan mengurangkan pengeluaran asap ekzos dan bahan pencemar.
Ø
Servis kereta anda setiap 5000
kilometer.
3. Pandulah kereta anda dengan gear yang betul
Ø Penukaran gear yang salah akan menyebabkan lebih
daripada 20% peningkatan pengunaan bahan api. Mulakan enjin kereta anda dengan gear yang pertama, dan hanya guna gear kedua
apabila kereta anda berada di kawasan lumpur dan menurun bukit.
Ø Apabila memandu di kotaraya, tukar kepada gear yang lebih
tinggi dan pastikan engin tidak mengalami kerumitan apabila berbuat demikian. Gunakan gear yang paling tinggi secepat mungkin.
Ø Guna gear yang sama apabila menaiki bukit dan menuruni bukit.
Disyorkan agar anda memandu berdasarkan cadangan pengeluar kereta.
4. Jangan tunggu untuk memanaskan enjin kereta
Ø Pandu dengan gear rendah sehingga enjin kereta cukup panas.
5. Cara-cara menekan brek yang betul
Ø Pemanduan yang sering berhenti-henti akan merugikan
petrol. Jika anda ingin berhenti, perlahankan kenderaan
secara beransur-ansur berbanding dengan cara membrek yang mengejut pada kelajuan yang tinggi.
6. Letakkan kaki anda berjauhan dari pedal pencengkam
(clutch)
Ø Hanya guna pedal pencengkam apabila anda ingin menukar
gear. Tekanan ke atas pedal pencengkam yang berlanjutan akan menyebabkan pembaziran dan merosakkan lapisan pelindung klac.
Ø Guna brek tangan jika anda berhenti di curaman.
Ø Jangan memanipulasikan pedal pencengkam dan pedal minyak
untuk mengelakkan kereta daripada bergerak.
7. Sentiasa bersihkan penapis udara kereta
Ø Penapis udara mengelakkan debu dari merosakkan kereta. Debu
akan menyebabkan kerosakan komponen enjin dan meningkatkan penggunaan bahan api.
8. Periksa tekanan tayar anda
Ø Tekanan tayar yang rendah akan meninggikan rintangan
terhadap putaran tayar dan akan menyebabkan pengunnaan petrol yang lebih.
Ø Ujian menunjukkan yang 25% penurunan pada tekanan tayar
akan meninggikan 5-10% kos petrol dan 25%
hayat penggunaan tayar. Guna tayar radial untuk 3-7% penjimatan petrol.
9. Apabila berhenti, mematikan enjin kereta
Ø Sentiasa pastikan enjin kereta mudah dihidupkan.
Simpan, bateri, dinamo, self-starter and ‘fan belt’ di dalam keadaan yang memuaskan. Ini akan memastikan permulaan
yang cepat bila anda memerlukannya.
Ø Matikan engin kereta apabila berhenti lebih daripada 2 minit.
10. Guna gred minyak yang disyorkan
Ø Periksa buku panduan kereta dan cadangan pengeluar minyak sebelum anda menggunakan minyak enjin.
Ø Minyak enjin yang lebih pekat dari yang disyorkan
akan meyebabkan 2% peningkatan penggunaan minyak. Tukar penapis minyak bersama-sama dengan minyak enjin.
11. Rancang
jalan yang ingin dilalui
Ø Kesesakan lalu lintas ataupun trafik akan menyebabkan kerugian minyak yang besar. Anda
akan dapat lebih perbatuan dari setiap liter jika anda mengambil jalan yang kurang sesak walaupun ia adalah jalan yang lebih
panjang.
Ø Penggunaan minyak di jalan yang terlalu sesak akan menyebabkan
dua kali ganda penggunaan minyak.
12. Kurangkan
beban
Ø Beban yang berlebihan dalam kereta akan meningkatkan penggunaan bahan api.
Ø Pengurangan 50% beban akan membantu 2% penjimatan
dalam petrol, apabila memandu di kota raya. Rak yang diletakkan kereta akan meningkatkan tentangan angin
yang sekaligus akan meningkatkan penggunaan petrol.
13. Kongsi kereta
Ø Kongsi kereta anda dengan sesiapa yang perjalanannya
sehaluan dengan anda. Anda boleh kongsi kosnya agar tidak membebankan.
14. Rancang perjalanan anda
Ø Sebelum memulakan perjalanan anda, tanya diri anda tentang dua soalan :
o Adakah perjalanan ini amat penting?
o Bolehkah saya rancang perjalanan saya dengan perjalan yang lain jika ia adalah haluan yang sama?
DI RUMAH
1. Perancangan beberapa minit akan memastikan penjimatan bahan bakar.
Ø Hidupkan dapur gas hanya setelah anda telah menyediakan semua bahan memasak
berdekatan dengan anda dan telah bersedia untuk memasak.
Ø Padamkan api menyala yang tidak digunakan dengan segera.
2. Penggunaan periuk tekanan akan menjimatkan bahan
api
Ø Periuk tekanan merupakan salah satu cara memasak yang paling pantas dan menjimatkan. Kajiann menunjukkan penjimatan
bahan api (kerosin dan gas memasak) sebanyak 20% untuk nasi, 46% untuk kacang hijau & 41.5% untuk daging jika dibandingkan
dengan cara memasak yang biasa. Masa memasak juga dapat dijimatkan.
3. Gunakan kuantiti air yang optimum
Ø Kuantiti air yang digunakan berbeza untuk makanan yang berlainan. Walaupun untuk makanan yang sama,
suri rumah tangga menggunakan kuantiti air yang berlainan. Oleh sebab itu air digunakan adalah banyak semasa memasak. Anda
harus ingat yang air yang berlebihan akan membazir bahan api. Tambahan pula,
air yang berlebihan akan dibuang dan inin menyebabkan makanan kehilangan nutrisasi. Kajian yang dilakukan untuk memasak nasi
yang menggunakan dua kali ganda air menunjukkan 65% peningkatan dalam penggunaan bahan api. Oleh yang demikian, guna air yang
optimum dalam masakan.
4. Kurangkan
api apabila pendidihan bermula.
Ø Apabila bekas memasak telah sampai ke had mendidih,
guna api yang rendah yang mecukupi. Haba yang lebih pada waktu mendidih hanya akan mempekatkan cecair tanpa sebarang kebaikan.
5. Rendam sebelum memasak
Ø Kajian membuktikan bahawa merendam bahan-bahan seperti kacang
and nasi sebelum memasak akan menjimatkan bahan api. 250gm kacang kuda apabila direndam sepanjang malam akan mengguna 22%
kurang bahan api jika dibandingkan dengan bahan api yang diguna untuk kuantiti yang sama bagi kacang kuda yang tidak direndam.
Ø Kurangkan api apabila masakan mula mendidih.
Ø Anda boleh menjimatkan bahan api jika anda merendam bijiran
sebelum memasak.
6. Bekas yang
cetek dan lebar menjimatkan menjimatkan bahan api
Ø Api yang menyentuh penjuru kuali merugikan bahan
api kerana haba dilepaskan pada persekitaraan. Namun, jika anda menggunakan kuali yang lebar, anda dapat menjimatkan bahan
api. Kajian menunjukkan untuk kebanyakkan dapur gas , diameter yang sesuai ialah 25cm. Jika anda menggunakan kuali yang sempit,
kurangkan api.
7. Tutup kuali
anda untuk mengelakkan kehilangan haba
Ø Sentiasa tutup kuali terdebut kerana dengan tidak
menutupnya, haba akan hilang ke atmosphera yang akan mengakibatkan kerugian bahan api. Kuali dengan 100sq.cm pembukaan, dengan
air panas dengan suhu 96 darjah akan membazirkan 7.2 GMs gas sejam. Haba yang kehilangan akan naik 2-1/2 kali jika terhadap
angin bertiup di dalam dapur. Jika kuali tersebut ditutup, kehilangan haba akan berkurang ke 1.45gm gas sejam keran haba tersebut
akan berada di dalam kuali tersebut.
8. Pembakar yang kecil lebih menjimatkan
Ø Dapur gas mempunyai pembakar yang besar dan kecil.
Pembakar kecil mengguna 6% hingga 10% kurang gas dari pembakar besar. Eksperimen menunjukkan dengan memasak 250GMs ubi kentang,
pembakar kecil mengguna 6.5% kurang gas ! tetapi hanya mengguna 7 minit lebih dari pembakar yang besar.
9. Pembakar
yang bersih menjimatkan gas
Ø Adalah penting untuk memastikan dapur dan pembakar
anda sentiasa bersih. Pembakar gas yang tersumbat akan meningkatkan penggunakan tenaga..
Ø Api yang berwarna
biru bermaksud pembakaran yang cekap. Warna api yang kuning atau jingga bermaksud pembersihan perlu dilakukan.
10. Bekas yang bersih
Ø Lapisan garam yang tidak larut sentiasa didapati
di dalam cerek and periuk. Walaupun satu millimeter tebal akan menhalang pengaliran haba ke bahan dalam periuk tersebut. Ini
akan meningkatkan penggunaan bahan bakar sehingga 10%.
Ø Periuk memasak haruslah sentiasa dibersihkan
11. Makanan yang beku harus dibiarkan
pada suhu bilik sebelum memasaknya
Ø Susu sejuk, makanan beku ataupun makanan sejuk yang
lain dari peti sejuk tidak harus dibawa terus ke kuali. Keluarkan dari petisejuk untuk beberapa ketika sebelum memasaknnya.
Makanan yang terlalu sejuk memerlukan banyak bahan api.
12. Rancangkan masa makan
Ø Jika semua ahli keluarga makan bersama, pemanasan makanan yang kerap boleh dielakkan. Jika tidak dapat makan bersama,
simpan makanan dalam bekas tahan panas untuk dihidangkan kemudian.
( Dari Laman Web FOMCA )