|
 |
- Pencegahan sentiasa lebih baik daripada pengubatan: Amalkan cara hidup sihat; Sentiasa amalkan (sekerap yang boleh);
Kawal pengambilan gula dan lemak.
- Hentikan tabiat merokok dan meminum arak.
- Cari kaedah-kaedah mengurangkan tekanan dalam hidup anda.
- Jangan ulang pemeriksaan perubatan jika ianya tidak perlu. Jika anda menukar perkhidmatan doktor anda, dapatkan rekod
perubatan anda daripada doktor sebelumnya.
- Belilah ubat yang mempunyai kandungan bahan aktif yang sama. Pastikan harganya adalah berpatutan
dengan membuta perbandingan harga. Bertanya dengan doktor sama ada ubat tersebut boleh didapati di pasaran. (Ubat generik
– ubat yang mempunyai bahan aktif yang sama seperti ubat berjenama. Ubat generik lebih murah harganya berbanding ubat
yang berjenama.)
- Elakkan menggunakan perkhidmatan kecemasan (di hospital swasta); seboleh mungkin. Kos perkhidmatan biasanya dua kali ganda.
- Dapatkan imunisasi bagi anak-anak anda jika disarankan oleh kerajaan. Lindungi diri anda juga. Simpan semua rekod imunisasi,
jika perlu.
- Jalani pemeriksaan perubatan untuk membolehkan anda mengesan sebarang kerumitan pada peringkat
awal. Ia terbukti dapat menjimatkan kos rawatan.
- Semasa membeli polisi insurans hayat atau perubatan, dapatkan maklumat yang jelas tentang perkara
yang diliputi oleh insurans tersebut. JANGAN sekali-kali menganggap bahawa semua kos perubatan akan diliputi oleh polisi tersebut.
( Dari Laman Web FOMCA )
|
 |
|
6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323
Hubungi kami ? Klik di sini !
|
|
|
 |