Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Berjimat Di Dalam Urusan Harian

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

1.                  Belilah peralatan elektrik yang menjimatkan dalam penggunaan tenaga.

 

2.                  Periksa dan bandingkan kadar kecekapan tenaga (energy efficiency rating – EER) sebelum membuat keputusan membeli peralatan elektrik yang besar

 

3.                  Tanam sayur-sayuran, buah-buahan dan herba sendiri, tanpa menggunakan sebarang racun perosak.

 

4.                  Asingkan sisa-sisa yang dijana akibat aktiviti harian dengan sampah yang boleh dikitar semula.

 

5.                  Pilihlah minuman yang asli ­­­­– jus buah-buahan dan air.

 

6.                  Gunalah bekas kaca yang boleh digunakan semula untuk penyimpan makanan

 

7.                  Belilah dalam bentuk pukal. Ia lebih murah bagi seunit dan menggunakan bahan pembungkus yang kurang

 

8.                  Belilah sayur-sayuran tanpa meminta beg plastik.

 

9.                  Elakkan penggunaan bekas plastik – Ia mahal dan sukar untuk dikitar semula.

 

10.             Pilihlah produk yang menggunakan bekas yang boleh diisi semula atau yang boleh digunakan semula.

 

11.             Sisa-sisa dapur boleh digunakan untuk dijadikan sebagai baja  kompos.

 

12.             Belilah produk yang dibuat daripada bahan yang dikitar semula.

 

13.             Gunakan kain. Elakkan daripada menggunkan tisu atau tuala kertas.

 

14.             Elakkan daripada menggunakan Stirofom.

 

15.             Pastikan terdapat sebiji mangkuk berisi air di sinki untuk membilas tangan dengan cepat semasa penyediaan makanan.

 

16.             Jangan biarkan air pili mengalir semasa menggunakan sabun untuk membasuh pinggan mangkuk.

 

17.             Perbaiki pili atau paip yang airnya sentiasa menitik dengan segera.

 

18.             Gunakan sapu tangan daripada menggunakan tisu

 

19.             Jangan biarkan air pili mengalir semasa menggosok gigi atau mencukur.

 

20.             Pasangkan pam tandas yang rendah

 

21.             Sidai kain untuk tujuan pengeringan daripada menggunakan mesin pembasuh untuk mengeringkan kain.

 

22.             Gunakan tong sampah untuk membuang sisa-sisa daripada tandas. Mengepam sisa ke dalam tandas boleh mengakibatkan masalah perawatan air

 

23.             Semasa membeli cadar bilik mandi, belilah yang diperbuat daripada kain dan bukan PVC (polyvinyl chloride).

 

24.             Jika perlu menyiram tumbuhan lakukan di sebelah pagi atau malam, bagi mengurangkan penyejatan

 

25.             Tanamlah tumbuhan yang semulajadi bagi iklim negara kita. Ianya memerlukan penjagaan minimum dan pengairan yang kurang berbanding tumbuhan yang diimport.

 

26.             Kumpulkan air hujan untuk penggunaan.

 

27.             Berikan sokongan kepada kedai-kedai yang menjual barangan terpakai.

 

28.             Ibu-ibu yang mempunyai anak-anak di peringkat penyusuan harus diberi susu ibu.

 

29.             Hentikan tabiat merokok

 

30.             Berikan sokongan atau melaburlah  dalam program-program kitar semula, kebun organic. Sokongan anda akan menyebabkan aktiviti ini berkembang dan membawa faedah kepada komunit, Bumi dan generasi masa depan

 

31.             Lakukan audit alam sekitar di rumah, pejabat atau di sekolah.

 

32.             Buat salinan fotokopi pada kedua-dual muka kertas atau guna semula kertas sehingga kedua-dual muka telah digunakan

 

33.             Guna semula sampul surat.

 

34.             Belilah satu salinan suratkhabar dan berkongsi dengan rakan-rakan sekerja di pejabat

 

35.             Gunakan klip kertas, staple, tali atau pelekat tidak toksik sejauh mungkin daripada menggunakan pita pelekat.

 

36.             Gunakan pen atau pensil yang boleh diisi semula berbanding dengan yang pakai bunag.

 

37.             Bawalah makanan tengahari dalam bekas yang boleh digunakan semula.

 

38.             Jadikan tempat kerja anda kalis cuaca bagi menjimatkan tenaga

 

39.             Berikan sokongan kepada intiatif-initiatif sumber tenaga alternative

 

40.             Bantu dalam pendidikan rakan-rakan sekerja dalam isu-isu alam sekitar

 

41.             Sumbangkan masa/duit kepada projek-projek memelihara alam sekitar.

 

42.             Praktikkan penggunaan lestari dalam kehidupan seharian.

 

43.             Tubuhkan program kitar semula

 

44.             Lebihkan penggunaan pengangkutan awam.

 

45.             Jangan biarkan air pili mengalir apabila tidak digunakan

 

46.             Mandi dengan cara penyiraman daripada menggunakan simbahan air.

 

47.             Gunakan mesin pembasuh hanya jika ianya penuh (sperti yang disarankan)

 

48.             Gunakan lampu hanya jika perlu dand tutup suis lampu jika lampu tidak diperlukan

 

49.             Fikirkan cara-cara sesuatu bahan tersebut digunakan semula sebelum buang. Contohnya bekas kaca, kertas dll

 

50.             Gunakan kertas yang dikitar semula berbanding dengan produk plastik.

 

51.             Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya.

 

52.             Belilah produk yang menggunakan bahan pembungkus yang minimum.

 

53.             Berikan pakaian yang tidak diperlukan lagi, untuk kegunaan lain atau penggunaan semula.

 

54.             Bawa bersama anda beg sendiri semasa pergi membeli-belah . Elakkan penggunaan beg plastik.

 

55.             Basuh kereta anda secara semulajadi –tunggu untuk hujan.

 

56.             Elakkan menggunakan perlatan yang menggunakan bateri. Atau gunakan peralatan yang mempunyai bateri yang boleh dicas semula, jikalau perlu.

 

57.             Beli barangan buatan tempatan – ia bukan sahaja baik untuk ekonomi negara tetapi baik untuk pemeliharaan tenaga.

 

( Dari Laman Web FOMCA )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !