Make your own free website on Tripod.com

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor

Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik

Home
Berita Lajnah
Kenapa Stres Berlaku ?
Darah Tinggi
Berhentilah Merokok !
Aktiviti Fizikal
Asthma
'Febrile Fits' / Demam Sawan
Pencegahan Cholera
Beguk / Mumps
Sakit Perut
Immunisasi
Keselamatan Kanak-Kanak
Kencing Manis
Memahami Penyusuan Susu Ibu
Bersedia Untuk Menyusu Bayi
Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
Penyusuan Ibu : Pelaburan Terbaik
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu
Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja
Fakta-Fakta Penyakit Denggi
Cirit-Birit
Penjagaan Gigi Dan Gusi
FAQ On Your Heart
Heart Facts
Heart : Glossary
Cara-Cara Penjimatan Bahanapi
Menjimatkan Kos Tenaga Elektrik
Berjimat Di Dalam Urusan Harian
Penjimatan Kos Perubatan
FAQ's : Employment

Lampu

 

  1. Pilih lampu yang bersesuaian (berdasarkan tempat)

 

  1. Bilik yang mempunyai warna cat yang terang akan memantulkan cahaya dan akan membuatkan anda kelihatan lebih terang.

 

  1. Jika boleh, letakkan lampu di sudut bilik. Ini menjadi bilik lebih terang kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.

 

  1. Mentol kalimantang empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama dan mampu tahan sehingga lapan kali lebih lama.

 

  1. Mentol yang mempunyai kuasa efisien adalah lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih berekonomi pada kadar jangka masa panjang.

 

  1. Tutup lampu-lampu yang tidak digunakan.

 

  1. Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan cahaya yang maksimum.

 

 

Kipas

 

  1. Gantikan kipas lama dengan yang baru yang lebih cekap dalam menggunakan tenaga.

 

  1. Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincir mencukupi untuk melanjutkan tempoh hayat kipas tersebut.

 

 

Televisyen dan komputer

 

  1. Kurangkan masa menonton televisyen. Gunakan masa lapang dengan melakukan riadah di luar.

 

  1. Komputer menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak bagi menghidupkan skrin, CPU, mesin pencetak dan pembesar suara. Gunakan komputer mudah alih.

 

 

Peralatan rumah

 

  1. Peralatan elektrik yang digunakan untuk memasak dengan cepat lebih banyak menggunakan tenaga elektrik. Didihkan air dengan menggunakan dapur gas.

 

  1. Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika. Seterika merupakan peralatan yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik.

 

 

Peti sejuk

 

  1. Peti sejuk menggunakan 21% daripada jumlah bekalan tenaga elektrik rumah. Oleh itu belilah peti sejuk berdasarkan keperluan keluarga anda. Lebih besar peti sejuk, lebih besar jumlah perbelanjaan untuk bil elektrik.

 

  1. Peti sejuk yang baru menggunakan tenaga elektrik dengan lebih cekap berbanding model lama. Beli model peti sejuk yang terdapat label yang menunjukkan kadar kecekapan penggunaan tenaga oleh EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika Syarikat).

 

  1. Jarakkan sedikit peti sejuk daripada dinding, iaitu gelung kondenser terletak sekurang-kurangnya 4in/10cm daripada dinding.

 

  1. Tempatkan peti sejuk jauh daripada dapur dan kawasan panas, bagi penyejukan yang lebih cekap.

 

  1. Jangan letakkan makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

 

  1. Keluarkan bekas pembungkus makanan yang tidak diperlukan sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Ia akan menjimatkan ruang dan tenaga elektrik.

 

  1. Bersihkan ‘condensor fins’ dan bekas-bekas dalam peti sejuk sebulan sekali.

 

  1. Pastikan kawalan termostat bersesuaian dengan keperluan penyimpanan.

 

  1. Dapatkan seorang juruteknik untuk memeriksa tekanan gas penyejuk nyahfroskan peti sejuk 6 bulan sekali.

 

 

Penyaman udara

 

  1. Penyaman udara biasanya menggunakan 25%-35% daripada tenaga elektrik. Pilih penyaman udara dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik.

 

  1. Apabila membeli penyaman udara pilihlah penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga (Energy Efficiency Rating – EER) yang tertinggi, yang menggunakan tenaga yang lebih rendah.

 

  1. Elakkan daripada meletakkan pemampat penyaman udara di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.

 

  1. Penapis harus diperiksa dan dibersihkan sebulan sekali. Talian kipas dan keseluruhan penyaman udara harus diperiksa bagi memperbaiki sebarang kerosakan atau untuk tujuan penyelenggaraan. Ia dapat meningkatkan prestasi penyaman udara. Gunakan khidmat  juruteknik penyaman udara terlatih untuk melakukan pekerjaan tersebut.

 

  1. Kurangkan penggunaan penyaman udara, dengan menanam pokok yang memberikan teduhan cahaya matahari. Buka tingkap untuk membolehkan pengaliran aliran udara.

( Dari Laman Web FOMCA )

6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Pusat Perniagaan Worldwide, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5518 4530 Faks : 03-5513 4323

Hubungi kami ? Klik di sini !